Banyak & Ramai

Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan, sama ada manusia, benda, atau binatang.

Kata ramai pula mempunyai kaitan dengan keadaan riuh-rendah, riang gembira, meriah, serba giat, sibuk dan tidak sunyi. Jadi, kata ramai menyatakan makna suasana atau keadaan.

Kesalah dari segi penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai.

Tidak Tepat
(a) Ramai ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG itu.
(b) Tidak ramai orang yang datang pada hari itu.
(c) Pelakon itu mempunyai peminat yang ramai.

Tepat
(a) Banyak ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG itu.
(b) Tidak banyak orang yang datang pada hari itu.
(c) Pelakon itu mempunyai peminat yang banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan